Friday, January 6, 2012

A very didactic and hellpful fpr every parents-to be and parents already.

Mendidik Anak Secara Menyeronokkan- Zabidi Hussin.(Repeat Posting)
Mendidik Anak Secara Menyeronokkan

Saya kerap diminta berkongsi pengalaman , mendidik 6 anak melalui perspektif seorang doktor kanak-kanak yang faham tentang cara seorang anak berfikir dan bertindak. Pada saya mendidik seorang anak dengan memahami keadaan psikologi mereka amat menyeronokkan.

Keberkesanan sesuatu aspek pendidikan adalah hasil dari 'kemenangan' perang psikologi antara kita dan anak yang mahu kita didik.2) Ada beberapa perkara pokok yang harus diambil kira dalam pendidikan kanak-kanak. Diantaranya ialah

Faham akan kesediaan seorang anak itu menerima sesuatu mesej pendidikan dalam satu-satu masa tertentu. Anak yang letih, lapar atau mengantuk mustahil dapat menggarap sesuatu arahan bahan pendidikan. Langsung dia akan 'mendengarnya' tapi tidak 'mengikutnya'

Faham tahap perkembangan anak pada satu-satu tahap umur. Selalunya anak yang kecil, berumur 5 atau 6 tahun tidak faham istilah-istilah 'kabur' seperti 'jahat', 'buruk', 'baik', 'esok', 'lusa' dan sebagainya.

Cuba tunjukkan jari kita bila kita katakan kepada mereka yang satu-satu perkara akan terjadi 'lusa'. Agak mudah mereka memahami 'lusa' dengan cara begini dan ini akan mengelakkan dari mereka bertanya soalan yang sama bertalu-talu.

Kanak-kanak umpama alat perakam yang berkuasa tinggi. Segala bentuk percakapan, gaya bahasa, gaya berjalan orang disekelilingnya akan dirakam dan dijadikan ikutan amalan mereka. Oleh itu, adalah agak pelik bagi mereka sekiranya dipukul dan dimarahi oleh si ibu dengan arahan " jangan pukul adik!".

Dalam fikiran mereka, kalau ibu boleh pukul mereka , kenapa tidak, mereka tidak boleh pukul adik? Tahap fikiran yang simplistik , tapi releven dengan kemampuan kanak-kanak.c) Mudah difahami yang pendidikan kanak-kanak adalah umpama 'perang saraf' atau 'perang psikologi' yang amat menarik. Sekiranya kita kreatif dalam pendekatan psikologi ini ,maka mendidik anak menjadi senang dan menyeronokkan.d) Anak yang tidak mahu makan?

Gunakan pendekatan psikologi dan ubahkan arahan untuk makan dan ambil pendekatan yang boleh menjadikan suasana makan sesuatu yang seronok. Apa kata kalau makanan dalam pinggan itu kita andaikan sebagai 'monster' dan anak yang akan memakannya adalah 'ultraman'? atau gunakan cara lain yg difikirkan sesuai

Anak kecil selalunya gemar bertanding dan berlumba-lumba. Mereka seronok kalau menang.Apa kata kalau mereka dan kita 'berlumba' untuk ketempat mandi?

Saya yakin, arahan 'pergi mandi' yang kerap kali disanggah oleh seorang anak kecil akan bertukar menjadi satu perkara yang lebih positif; mereka mahu menang untuk ketempat mandi. Dan inilah yang kita mahukan.f) Usia 3-5 tahun adalah usia anak yang mahu gunakan 'kebebasan' yang baru mereka perolehi. Umur inilah mereka dah petah bercakap, pandai menyanggah arahan dengan perkataan"tak mahu". Masa inilah juga mereka sudah laju berjalan, malah mampu berlari.

Senang untuk lari dari melakukan sesuatu yang disuruh. Masa inilah juga kita boleh penat dengan kerenah mereka. Penat memberikan arahan yang tidak diendahkan. Penat sehinggakan kita mula gunakan kekerasan, ancaman atau menakut-nakutkan mereka dengan tahyul, atau perkara abstrak yang serupa

Kekerasan, ancaman atau takut menakutkan tidak perlu samasekali sekiranya kita faham kaedah psikologi dan tahu apa yang ada dalam fikiran mereka. Kaedah menakutkan kanak-kanak dengan hantu, 'polis' , 'doktor yang akan cucuk' kerap kita dengar. Ada ibu bapa yang gunakan kaedah ini untuk dapatkan 'menafaat'yang cepat; anak yang takut akan cepat patuhi arahan , sebab takut ' hantu', 'doktor' atau 'polis'

Namun agak janggal sekiranya kita takutkan mereka dengan sesuatu yang tidak perlu ditakuti hanya untuk dapatkan mereka lakukan sesuatu. Apa kata sekiranya mereka tidak lakukan perkara yang disuruh itu dan tiada pula 'hantu', 'polis' atau doktor' yang datang , seperti yang diancam? Tentunya ancaman itu dikira palsu dan pengalaman yang lebih mirip kepada penipuan. Maka 'halal'lah penipuan, sesuatu yang tidak mahu anak melakukanya. Tetapi kita yang lakukan.i) Yang baiknya kita cakap terus terang dan berikan cerita yang benar, kenapa sesuatu itu harus dilakukan.

Contohnya kita mahu anak mandi. Sebabnya, " nak suruh adik jadi bersih" . tapi anak diperingkat umur 3-5 tahun umumnya tak faham konsep 'bersih'. Terlalu abstrak bagi mereka.j) Apa kata kalau kita buat begini: "Cuba adik cium bau abah ni " . Dengan cara bermain-main , kita suruh dia cium bau badan abah sebelum mandi. Lepas itu kita suruh pula cium selepas mandi. Wangi selepas mandi itu akan buatkan satu contoh yang berkesan , bahawa macam ni maknanya 'bersih"

Saya dapati banyak perkara boleh selesai sekiranya kita kurangkan arahan yang abstrak kepada kanak-kanak kecil. Yang abstrak ni kita yang faham,tapi anak kecil mungkin tak faham. Diantara contoh konsep abstrak yang lain ialah : "jadi anak yang soleh" , " lintas jalan baik-baik",'makanlah betul-betul".l) "Soleh", "baik-baik", "Betul-betul" ni cukup luas maknanya. Anak kecil saya pernah 'menyergah' saya " Adik dah jalan baik-baik ni": yang dia maksudkan , dia dah berjalan dengan pakai selipar cara yang betul dan tidak terbalik. Sedangkan yang saya maksudkan, ialah " jangan berlari semasa lintas jalan"!

Saya cukup seronok, bila tanya semula seorang anak kecil: "baik tu apa agaknya" atau " Soleh tu apa ya?"

Dengan cara ini kita boleh semak kefahaman mereka, dan sesuaikan arahan kita dengan apa yang mereka fahamn) Anak kecil cukup cepat faham bila kita tunjuk apa yang kita mahukan dari mereka. Jangan beri arahan secara lisan sahaja . Contohnya kita mahukan mereka keemaskan barang permainan selepas bermain. Yang biasanya kita cakap " kemas barang permainan kamu tu". Kita tinggalkan mereka untuk mengemas.

Kadangnya menjadi, kadangnya tidak. Kadangnya dikemaskan,tapi tidak mengikut apa yang kita takrifkan sebagai kemaso) Cuba kaedah yang lebih menyeronokkan. "Jom kita kemas sama-sama; tengok siapa yang siap dulu" Lazimnya ajakan ini lebih merupakan ajakan untuk bertanding . Anak kecil suka dengan bentuk arahan sebegini. Pada peringkat permulaannya kita tunjukkan kepada mereka cara mengemas .

Lepas itu saya lazimnya melihat mereka akan membuat perkara itu dengan suruhan yang sedikit sahaja. Tak perlu disergah dan dimarah. Cuba cara yang lebih menyeronokkan ini.

Isu seterusnya:

Adakah anak kecil akan menjadi seorang yang materialistik bila kita kerap memberikan hadiah semasa kecil?

Boleh kah kita pukul seorang anak yang buat kesalahan?

Wajar kah kita latih anak untuk pakai pakaian menutup aurat dari kecil lagi?

Bagaimana untuk memastikan anak kecil makan ?

Anak yang sering gigit dan pukul rakan -rakan. Bagaimana cari menyelesaikannya?

Ikuti perbincangan blog ini seterusnya atau emailkan pertanyaan anda kepada

dr.zabidi@gmail.com

Tuesday, February 8, 2011

Monday, February 7, 2011

new discipline in me toward the aim..insyaallah

oh no..lamenyer la bersarang..mungkin sb takde booster and takde inducer tuk menulis..
hr ni, starting something yang nak aim..so as a booster maka, ku teruskan menulis..ptg td, p jog ngn fairuz..then tercicir duit 50..huhu
nak wat camne careless n benda dah nak jadi, takde rezeki...

esok start herbalife diet
breakfast:
on wake up 250 ml water
shake HL
teamix

lunch:
shake HL
700 h2o

evening:
700 h2o
teamix



dinner:
bihun sup
i teamix
.....BERDISIPLIN>>BERMAJU>>

Saturday, January 23, 2010

Khas Buat Permata Hatiku~~oh Umi..kalau kau Tahu

sedang asyik membelek blog member..
aku terjumper madah untuk ibu ni...
rase sayu n sedik plak...
walaupun ummi still masih ader tp..
pengorbanan dia xkan aku lupakn...
hanya ummi yg satu..
tiada ganti dan xbleh di ganti lain...
kenangan bersama kami anak2nya
akan kekal w/pun teman di hati dah tiada di sisi...
salam sayang buat ummi..
dr anak2 ummi n arwah abah.....

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.

ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

Thursday, December 10, 2009

HikM@h di sebalik sesuatu..

alhamdulillah,hari ni tak der lec..=)
hepi+ gumbira..
tapi,tiba2,link message,dr buat kelas ganti,replace yg cancel mgu lps and feedback of block..aik?? musykil la,nak pegi ke tak..
pk,punya pk..
at last,ku gagahkan kan kaki berjalan menyusuri susur gajah,bangunan batu,tangga bertingkat,demi satu lecture...memang aina yg agak luarbiasa hari ini..

sampai jer,lec ok..banyak gambar2 x-ray yang blurr...,x tau diagnose ape..
then,feedback akan bermula sejam dr lec..tguu la aku kat situ,kawan2 lain ramai balik bilik..

tetiba,jeng2,terdgr rakan2 ku yg bagus2 bincang2 pasal duit??ape ni,sambil selak note tgu dr,aku psg telinga..antara butir2:
1)nati duit gaji nak salur katne?? kte kne pastikan duit di salur pada bank yg betul2 menjalankan syariat islam..yg haram tetap haram..bla..bla..

2)kawan2 ku bincg bank terbaik adalah TAKAFUL..aku terus take note..even tak der gaji lg..

Genap kul 12.10,dr sampai,..feedback secara formal jer(dlm hati..alahai penat jer tgu sejam tp feedback dkt 15 min jer)..

then,at last after positively thinking,mmm,kalau aku tak p lec,sape nak bgtau pasal takaful n sume ni..
Ya Rabbi,Dia yg Maha Kaya,
alhamdulillah,penat lelahku berjalan n menunggu dapat info pasal pengurusan duit ni..plan jangka panjang..insyaallah,nanti keje duit salur pada bank yg menjalankan syariat islam..ameen..

panjang la plak..takper la,tgh tgu abang mai amik,nak balik umah..yeay..jupe umi n family=)...<3

Tuesday, December 8, 2009

HEHEHE...muncul jua..

salam semua,wat fatimah n kak.liza yang setia..
aina baru update balik setelah sekian lame berhibernasi..
ni la,jeles tengok korang nyer blog lawa2..
alahai..
aina nyer kaler pink kelam jer..cam pink panther..
tak sempat nak explore lagi..
nak pilih setting hijau..lawa..
nati ajar la ea,..tak pe la..slow2..(heroin tak gaduss!!)kan3..
hehehe..
ok luv u all annajihat wal faizatt..
bersama menuju jihad,meniti tangga ke puncak..amen,barakatillah...

Thursday, October 29, 2009

Aku semakin maju....

Mmmmm,lamenye aku di bawh tempurung...huhuhu,tp one of my best fren defend me,that even thoug aku ni di katakan katak di bawah tempurung,but the tempurung that i use is make from glasses...hehehe guess wat??

kirenye ini katak ,moden la,bawah tempurung tapi bole melihat dunia luar..
tempurung bukan berertu kte terbatas dari maklumat or ape2 jer la...
but tempurung yg melingkari aku bukan 'katak' ialah sesuatu yg membatasi aku dari buat somethng yg tak betul hopefully di sisi NYA n satu lg yg utama dlm diriku tanpa minta restu umi...hopefully with abah bless forever....

until hari ni aku rase aku lbh maju,tiba2 terdetik nak wat blog???
bole ker?ader bakat ker?ader org nak baca ker?
but think again,aku mula sedar bahawa blog = diari,sebagaimana aku ni sinonim dgn penulis diari means that aku pun bole jadi blogger....
yg punya byk idea,harapan,keluhan,sharing 4 caring n...etc2...

fuh....makin maju nih~~~hahaha gelak perasan.

okes ni baru entry first,aku da mula teruja sb aku rase aku berada dalam dunia aku,tiada hipokrit,tiada rase berbuku di dada dan tiada rasa di kongkong,,,,
ceh,cayalah aina...bertapak lebih maju ke depan....

aku kne stop dlu,sb bnyk komitmen lain...maklumlah baru taun 3,jeles tgk senior2 yg da nak grade....

okes,salam komunikasi alam maya...